Review Novel Kalau Memang Harus Begitu By Acik Lana


16097334

tak mungkin musim cinta ini berlaku,
seandainya hatimu... seperti hatiku



Harga:

Sem Malaysia :RM 36.00
Sabah/Sarawak: RM 39.00
Muka Surat : 1031

Rumusan Kisah :

Nur Adara bekerja sebagai tea lady di syarikat milik keluarga Zidan Adiputra. Bermula dengan kes tertumpah air, Putra yang tegas, garang dan tak friendly sudah allergic dengan Adara yang dilihatnya sangat selekeh.

Namun di sebalik baju kurung lusuh dan kasut berlubang yang dipakai Adara, ada sesuatu yang menarik pada diri Adara pada pandangan Riyad, cousin Putra. Bantuan secara paksa oleh Riyad untuk make-over Adara menarik perhatian Putra. Putra mula mendekatkan diri dengan Adara dan menjauhkan Adara daripada Riyad.

Dalam diam, Putra hantar rombongan meminang Adara dan Adara hanya tahu tunangnya adalah Putra pada hari pertunangan mereka. Mana tak pengsan Adara! Kelakar!

Bila dah sah jadi suami isteri, mereka diduga pula bila Adara dalam dilemma untuk menggugurkan kandungannya demi untuk mendermakan buah pinggangnya pada atuknya. Keputusan yang sememangnya mendapat bantahan 100% daripada Putra.


SINOPSIS

Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!


Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?


Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

 Labels: 

Review Novel Titian Cinta by Ridhya Iman



18620546

ANDAI KEMAAFAN PENYEMBUH KEDUKAAN,
CINTA DIHATI KITA TAK PERLU UNGKAPKAN.

Harga: 
Sem Malaysia RM 30.00
Sabah /Sarawak RM 33. 00

Plot cerita bagus. Tidak terlalu bersahaja dan tidak terlalu rumit. Adatlah, kena ada watak annoying dalam cerita. Dan penulis tidak menamatkan watak annoying dengan penamat yang sadis seperti mati kemalangan dan sebagainya.
2. Gaya bahasa yang cukup mendayu-dayu. Terasa seperti duduk di tepi pantai, menghayati desiran ombak dan bayu laut yang lembut dan menenangkan. Wah!
3. Adegan flashback yang digarap hampir sempurna. Dibina seiring dengan graf pembacaan sekaligus membuatkan rasa ingin tahu dan tahu apa kesudahan ceritanya.
4. Tarikan kimia [baca: chemistry] antara hero dan heroin memang mengujakan hohoho :P Memang pasangan serasi mereka berdua ni. Tak tipu. Korang boleh rasa sendiri.. love is in the air bak kata omputeh.



SINOPSIS
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

 Baca Online Novel Titian Cinta Bab 1 .Hingga Bab 32.

Kata kunci karya: 

Review Novel Hari Hari Aku Rindu by Izz Alejandra



Cinta Takkan Datang Kepada Hati Yang Membenci

Penulis: Izz Alejandra
Terbitan: Karyaseni
Muka Surat: 680
Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah/Sarawak)

Hai guys, hari ini admin nak buat review tentang novel Hari Hari Aku Rindu by Izz Alejandra. Novel ini dikeluarkan pada 2014 oleh Karyaseni.

My Rating: 8/10
Penceritaan yang baik tetapi ada sesetengah babak seolah-olah muncul secara tiba tiba.
Tetapi momentum pembacaan masih boleh dikekalkan seperti mana membaca novel lain penulis, Sungguh! Aku Gilakan Kau. Menyampah jugaklah dengan watak ibu Dhia  yang masih memihak kepada anak titrinya walaupun tahu yang anak tiri nya mengalami masalah mental dan sanggup membunuh demi Dhia. Sebaliknya menyalahkan arwah ayah Dhia, Dhia dan abang Zain atas apa yang menimpa anak tirinya, Friz



SINOPSIS:

Angkara kisah hitam yang menghantui hayatnya sebelum ini, NUR SARAH NADYA trauma tidak berkesudahan. Harga diri dan hatinya juga hancur lebur. Apa yang dia mahu adalah membuang jauh peristiwa pahitnya ketika bersama FARIZ yang telah membuatkan kehidupannya kelam derita.
Tatkala memori hitam terpendam bersama Fariz masih tidak dapat dilupa, hadir pula insan lain menambah luka.
“I tak nak kahwin dengan you. I bencikan you. I tak tipu. I tak boleh kahwin dengan orang yang I benci. What do you expect from me? You ingat I boleh jadi isteri yang baik untuk you selepas apa yang dah jadi ni? You ingat I ni tak ada upaya? Dah tak ada jalan lain dan terdesak sangat sampai terpaksa jadi isteri you?” – Dhia.

Dialah KHALISH NAUFAL. Lelaki yang sukar diramal hati dan tingkah lakunya. Pandai bermain kata-kata manis. Tiada yang baik tentang empunya diri. Benarkah dia lelaki yang hanya tahu ambil kesempatan?
“Tak payah nak baik sangat dengan I.” – Dhia.

“Why? You takut jatuh hati dengan I?” – Naufal.
“You buat lawak ke apa, ni? You tahu I benci you, kan? You dah hilang ingatan kut? Hari-hari hidup I celaru sebab you! Hari-hari I rasa nak bunuh you!” – Dhia.
“Esok lusa you akan rindu I pula. Hari-hari. I’m sure of it.” – Naufal.
Rentetan sebuah rahsia yang sengaja disembunyikan, hidup Nur Sarah Nadya tambah tertekan. Rahsia yang menyebabkan Fariz kembali mengganggu dirinya. Apa yang dimahukan oleh Fariz? Antara harta dan dan kasih sayang, mungkinkah nyawa menjadi taruhan?
“Apabila lelaki ni tak ada nanti, Sarah akan jadi milik abang. Hanya abang sorang aje yang berhak dapat Sarah. Abang akan pastikan lelaki ni tak wujud lagi selepas ni!” – Fariz.





Review Novel Lafazkan Kalimah Cintamu By Siti Rosmizah

Image result for lafazkan kalimah cintamu


Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu , berkali ku beri alasan berkali - kali kau menolaknya, 
kau inginkan menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbuatanmu.....



Tajuk: Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Bil M/s ; 809
Harga: RM26.90


MY REVIEW:
Kita dah sedia maklum karya Siti Rosmizah penuh dengan air mata. Pada saya karya Siti Rosmizah banyak menyentuh tentang kekeluargaan dan kasih sayang. Satu lagi sentuhannya yang mampu mengalirkan air mata pembacanya. Lafazkan Kalimah Cintamu novel setebal 810 muka surat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Perasaan marah , geram dan sedih turut bergabung dalam diri sesiapa yang membacanya . Jom kita review novel ini.

Mengisahkan Tengku Aqilah, Lahirnya didunia ini tidak diterima . Ini kerana papanya beranggapan kehadirannya punca penyakit isterinya tak dapat diselamatkan. Sejak itu hidupnya dibuang oleh papa dan kakaknya sendiri. Keperitan hidupnya bertambah bila mamanya disahkan meninggal dunia. Tengku Aqilah terus dibuang jauh dan papanya tidak pernah menganggap dia sebagai anak. 

13 tahun di tanah asing Tengku Aqilah pulang ke pangkuan keluarganya. Berkerja sebagai penyambut tetamu merangkap Tea lady di syarikat papanya adalah angkara kakaknya yang dengki dengan adiknya. Tengku Ryan Ameer kekasih hati Tengku Natasya selalu mencari punca pergaduhan dengan Tengku Aqilah. Tengku Hashim kesian akan nasib Tengku Aqilah dia telah mewasiatkan semua saham syarikat sebanyak 60% pada Tengku Aqilah . Jika Tengku Ryan  Ameer menginginkan 40% saham syarikat , Tengku Ryan Ameer perlu berkahwin dengan Tengku Aqilah. 

Hidup bersama hampir 6 bulan tidak mempunya apa- apa erti hingga Tengku Natasha menunjukkan belangnya. Tengku Natasha membiarkan papanya sakit demi bercuti keluar negara bersama kawan-kawannya. Tengku Ryan Ameer kian kusut melayan kerenah kekasih hatinya. Dalam masa yang sama Tengku Aqilah mengambil peluang untuk menjaga papanya yang sakit. Jauh disudut hati Tengku Ryan Ameer perasaan sayang hadir entah bila pada isterinya. Dengan rasa syukur Tengku aqilah telah diterima sebagai anak oleh papanya Tengku Hisyam. Cemburu dan irihati tengku Natasha pada adiknya tak pernah pudar malah bertambah. 

Setelah papanya mengiktiraf Tengku Aqilah sebagai anak dan Tengku Ryan Ameer mula jatuh cinta pada adiknya, Tengku Natasha semakin bengang. Menghancurkan rumah tangga adiknya adalah matlamatnya. Hubungan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer kian renggang angkara salah faham.  Nasibnya sama seperti arwah mamanya , Tengku Aqilah disahkan mengidap kanser payudara ketika mengandung.Ini semua selepas menjalani ujian darah kerana Tengku Aqilah selalu pening dan lemah sejak kebelakangan ini. Dia tak mahu suaminya tahu hai ini. Tengku Aqilah menjauhkan diri dan menyembunyikan diri dari pengetahuan suaminya. 

Tengku Ryan Ameer hilang separuh nyawanya bila isteri yang disayangi hilang entah kemana. Cukup menderita merindui Tengku Aqilah. Dengan kekuatan dan sokongan kakak dan papanya Tengku Aqilah meneruskan kehidupannya menangguung derita seperti arwah mamanya dulu. Rahsia yang disimpan terbongkar juga bila Tengku Aqilah tenat di majlis pernikahan kakaknya dengan Azrul. Rindu yang ditanggung terlerai dan Tangku Ryan Ameer terkejut , isterinya menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. 


Sinopsis:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini. 

TAG:  


Review Novel Aku, Dia dan Stiletto by Sri Sarah





AKU, DIA DAN STILETTO - SRI SARAH
Semenanjung : RM33  /  Sabah/Sarawak : RM36


Sinopsis:

Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.

“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF
“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA

Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
“Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA

“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF
“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA
“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” – ASHRAFF

“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA
“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah. Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” – ASHRAFF
Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?

“Kau nak bermadu dengan aku?” – HELINNA
“Kau sanggup? ” – AULIA
“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA
Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.

Apa hala tuju hubungannya dan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?