Review Novel Lafazkan Kalimah Cintamu By Siti Rosmizah

Image result for lafazkan kalimah cintamu


Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu , berkali ku beri alasan berkali - kali kau menolaknya, 
kau inginkan menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbuatanmu.....



Tajuk: Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Bil M/s ; 809
Harga: RM26.90


MY REVIEW:
Kita dah sedia maklum karya Siti Rosmizah penuh dengan air mata. Pada saya karya Siti Rosmizah banyak menyentuh tentang kekeluargaan dan kasih sayang. Satu lagi sentuhannya yang mampu mengalirkan air mata pembacanya. Lafazkan Kalimah Cintamu novel setebal 810 muka surat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Perasaan marah , geram dan sedih turut bergabung dalam diri sesiapa yang membacanya . Jom kita review novel ini.

Mengisahkan Tengku Aqilah, Lahirnya didunia ini tidak diterima . Ini kerana papanya beranggapan kehadirannya punca penyakit isterinya tak dapat diselamatkan. Sejak itu hidupnya dibuang oleh papa dan kakaknya sendiri. Keperitan hidupnya bertambah bila mamanya disahkan meninggal dunia. Tengku Aqilah terus dibuang jauh dan papanya tidak pernah menganggap dia sebagai anak. 

13 tahun di tanah asing Tengku Aqilah pulang ke pangkuan keluarganya. Berkerja sebagai penyambut tetamu merangkap Tea lady di syarikat papanya adalah angkara kakaknya yang dengki dengan adiknya. Tengku Ryan Ameer kekasih hati Tengku Natasya selalu mencari punca pergaduhan dengan Tengku Aqilah. Tengku Hashim kesian akan nasib Tengku Aqilah dia telah mewasiatkan semua saham syarikat sebanyak 60% pada Tengku Aqilah . Jika Tengku Ryan  Ameer menginginkan 40% saham syarikat , Tengku Ryan Ameer perlu berkahwin dengan Tengku Aqilah. 

Hidup bersama hampir 6 bulan tidak mempunya apa- apa erti hingga Tengku Natasha menunjukkan belangnya. Tengku Natasha membiarkan papanya sakit demi bercuti keluar negara bersama kawan-kawannya. Tengku Ryan Ameer kian kusut melayan kerenah kekasih hatinya. Dalam masa yang sama Tengku Aqilah mengambil peluang untuk menjaga papanya yang sakit. Jauh disudut hati Tengku Ryan Ameer perasaan sayang hadir entah bila pada isterinya. Dengan rasa syukur Tengku aqilah telah diterima sebagai anak oleh papanya Tengku Hisyam. Cemburu dan irihati tengku Natasha pada adiknya tak pernah pudar malah bertambah. 

Setelah papanya mengiktiraf Tengku Aqilah sebagai anak dan Tengku Ryan Ameer mula jatuh cinta pada adiknya, Tengku Natasha semakin bengang. Menghancurkan rumah tangga adiknya adalah matlamatnya. Hubungan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer kian renggang angkara salah faham.  Nasibnya sama seperti arwah mamanya , Tengku Aqilah disahkan mengidap kanser payudara ketika mengandung.Ini semua selepas menjalani ujian darah kerana Tengku Aqilah selalu pening dan lemah sejak kebelakangan ini. Dia tak mahu suaminya tahu hai ini. Tengku Aqilah menjauhkan diri dan menyembunyikan diri dari pengetahuan suaminya. 

Tengku Ryan Ameer hilang separuh nyawanya bila isteri yang disayangi hilang entah kemana. Cukup menderita merindui Tengku Aqilah. Dengan kekuatan dan sokongan kakak dan papanya Tengku Aqilah meneruskan kehidupannya menangguung derita seperti arwah mamanya dulu. Rahsia yang disimpan terbongkar juga bila Tengku Aqilah tenat di majlis pernikahan kakaknya dengan Azrul. Rindu yang ditanggung terlerai dan Tangku Ryan Ameer terkejut , isterinya menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. 


Sinopsis:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini. 

TAG: