ANDAI KEMAAFAN PENYEMBUH KEDUKAAN,
CINTA DIHATI KITA TAK PERLU UNGKAPKAN.
Harga:
Sem Malaysia RM 30.00
Sabah /Sarawak RM 33. 00
Plot cerita bagus. Tidak terlalu bersahaja dan tidak terlalu rumit. Adatlah, kena ada watak annoying dalam cerita. Dan penulis tidak menamatkan watak annoying dengan penamat yang sadis seperti mati kemalangan dan sebagainya.
2. Gaya bahasa yang cukup mendayu-dayu. Terasa seperti duduk di tepi pantai, menghayati desiran ombak dan bayu laut yang lembut dan menenangkan. Wah!
3. Adegan flashback yang digarap hampir sempurna. Dibina seiring dengan graf pembacaan sekaligus membuatkan rasa ingin tahu dan tahu apa kesudahan ceritanya.
4. Tarikan kimia [baca: chemistry] antara hero dan heroin memang mengujakan hohoho :P Memang pasangan serasi mereka berdua ni. Tak tipu. Korang boleh rasa sendiri.. love is in the air bak kata omputeh.

SINOPSIS
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris
Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy
Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
➔ Baca Online Novel Titian Cinta Bab 1 .Hingga Bab 32.
Kata kunci karya: Novel, Ridhya Iman, Titian Cinta